Memoir Seorang Juruterbang
Tuesday, August 3, 2010
SULAIMAN SUJAK MEMOIR SEORANG JURUTERBANG
Buku sejarah yang ditulis oleh Mejar Ramli Abdul Rahim (Bersara) TUDM, merupakan catatan sejarah yang dilalui oleh bekas Ketua Turus Tentera Udara Air Vice Marshal Tan Sri Dato' Sulaiman Sujak yang merupakan anak Melayu pertama memegang tampuk kepimpinan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1967 yang sebelum itu dipegang oleh pegawai-pegawai tinggi Tentera Udara Diraja British (RAF) yang dipinjamkan sejak TUDM ditubuhkan pada 2 Jun 1958.
Pengalaman sejak zaman anak-anak semasa di Singapura sebelum meletus Perang Dunia Kedua turut dipaparkan di dalam buku yang ditulis separuh kreatif ini bagi menarik minat pembaca remaja menghayati tokoh yang begitu gigih pada zamannya untuk menjadi juruterbang Melayu yang pertama berkhidmat dengan RAF di Eropah setelah berjaya menjalani latihan Pegawai Kadet di RAF Cranwell pada 1958.
Sejarah awal pembabitannya dengan dunia ketenteraan bermula dengan penglibatannya sebagai Kadet Sekolah Air Training Corps di Singapura dan juga dalam Malayan Auxuliary Air Force Singapore Wing sehingga sampai ke tahap menerima sayap penerbangan daripada Gabenor British di Singapura.
Segala pahit manis kenangan untuk mencapai cita-cita yang sentiasa tersemat dalam sanubari bermula semasa di bangku sekolah dan kecenderungan melihat pesawat-pesawat tentera turun naik di Kallang Airport adalah mukadimah kepada kerjaya juruterbang dengan RAF dan pernah menerbangkan pesawat pejuang di Scotland dan juga pesawat pengebom di Cyprus.
Semasa Malaysia menghadapi Konfrantasi dengan Indonesia, Flight Lieutenant Sulaiman yang bertugas di Cyprus bersama krew pesawat pengebom Canberra telah menerbangkan pesawat bersama krew yang lain untuk tugas detasmen di Kuantan sebagai "show of presence di ruang udara semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.
Sebelum dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara, Squadron Leader Sulaiman sempat menjadi Komandan Sekolah Latihan Penerbangn di TUDM Alor Setar dan sebagai Pegawai Memerintah TUDM Labuan yang berpangkat Wing Commander.
Selama lebih 20 tahun sebagai juruterbang tentera, beliau telah menerbangkan 22 buah jenis pesawat, merakamkan 350 jam penerbangan dengan Malayan Auxilary Air Force (Singapore Wing), 2,000 jam dengan RAF dan 1,000 jam dengan TUDM.
Segala pengalaman yang didapati semasa berkhidmat dengan RAF dan TUDM memang cukup bermanfaat kerana segala ilmu dan pengalaman yang didapatinya merupkan aset untuk dunia korporat yang diceburinya dan jumlah perkhidmatannya dalam sektor korporat jika dibandingkan dengan dunia tentera adalah lebih lama iatu selama 24 tahun jika dibandingkan dengan perkhidmatannya dalam tentera iaitu selama 22 tahun.
Buku ini akan memberi inspirasi untuk generasi akan datang bagi menghadapi kehidupan yang mencabar tidak kira di mana baik sektor swasta, awam atau ketenteraan.
Tan Sri Dato Suliaman adalah qudwah dunia tentera dan koporat.

Pelancaran Memoir Seorang Juruterbang
Pelancaran MEMOIR SEORANG JURUTERBANG disempurnakan oleh Menteri Pertahanan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2010. Majlis dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin TUDM, Panglima Tentera Udara dan para dif kenamaan .
Subscribe to:
Posts (Atom)